Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis. Pemerhatian Astro AWANI di KLIA mendapati rata-rata jemaah Haji dilihat keletihan menunggu penerbangan dan visa perlepasan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.